Kapan Malam Lailatul Qadar? Amalan Apa yang Dianjurkan dan Apa Keutamaannya?

Bulan Ramadhan sudah tinggal penghujung, pada malam 10 malam terakhir ini, adalah momentum sedih karena akan segera ditinggalkan oleh bulan yang mulia, namun juga sebagai berita gembira atas malam Lailatul Qadar yang Allah janjikan.

Malam Lailatul Qadar itu apa? Pada malam ini, Allah janjikan sebagai malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Itu artinya jika kita beribadah di malam istimewa ini, pahalanya setara dengan kita beribadah 1000 bulan, masya Allah.

Lantas kapan terjadinya? Amalan apa yang harus kita lakukan tatkala malam Lailatul Qadar ini tiba? Berikut kami ulas untuk Anda.

 

Amalan yang Dianjurkan

Amalan-amalan yang dianjurkan pada 10 malam terakhir Ramadhan, seperti:

  • Sholat sunah
  • Tadarus Al-Qur’an
  • Doa malam Lailatul Qadar

 

Kelebihan Malam Lailatul Qadar

Antara kelebihan malam ini ialah:

1.Dikatakan lebih baik daripada seribu bulan.

Imam al-Qurtubi berkata:

Malam Qadar mempunyai kelebihan karena banyaknya keistimewaan dan malam tersebut dibagikan kebaikan yang banyak yang tidak terdapat seumpamanya pada seribu bulan. Banyak ulama dan ahli tafsir berpendapat amalan dilakukan pada malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan yang tiada padanya malam Qadar.

2. Malaikat dan Jibril turun pada malam tersebut.

Imam Qurtubi berkata:

Mereka turun daripada setiap langit dan juga Sidratul Muntaha ke langit dunia untuk mengaminkan doa orang yang memohon pada malam tersebut hingga waktu fajar.

3.Turunnya malaikat dan Jibril membawa rahmat dengan perintah Tuhan.

4.Mendapat keselamatan dan kebaikan hingga keluarnya fajar.

Al-Dahhaq berkata:

“Allah tidak takdirkan pada malam tersebut kecuali keselamatan.”

Sedangkan Mujahid berpendapat:

Malam itu merupakan malam selamat di mana syaitan tidak mampu untuk melakukan kejahatan pada malam tersebut.”- Tafsir al-Qurtubi 20/133.

 

Kapan Lailatul Qadar?

Lailatul Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil di bulan Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Carilah lailatul qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil.”

Diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah SAW apabila tiba 10 hari terakhir bulan Ramadhan, Baginda menghidupkan malam tersebut (dengan ibadah) dan menjauhi isteri-isterinya.

Terdapat banyak pendapat tentang kapan terjadinya atau datangnya lailatul qadar, antaranya adalah:

 

Pada Malam 27 Ramadhan

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadhan.

Mengikut Abu Ka’ab katanya:

“Demi Allah sesungguhnya Ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan, manakala Lailatul Qadar pula jatuh pada malam ke-27. Akan tetapi, dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya.”

Daripada riwayat Muawiyah yang bermaksud:

“Bahwa Nabi SAW telah bersabda bahwa Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-27.”

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Umar R.A yang bermaksud:

“Sesiapa yang mencari Lailatul Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu Lailatul Qadar pada malam yang ke-27.”

Berlaku pada 23 Ramadan

Inilah pendapat Imam Syafii.

Inilah juga pendapat Malik, Ibn Khuzaimah, Abu Awanah dan al-tahawi.

Ia berdasarkan hadis riwayat Abdullah bin Unais bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Carilah malam Qadar pada malam 23 Ramadhan.”

 

Berlaku pada 21 Ramadhan

Inilah juga pendapat yang dipilih oleh Imam Syafie.

Dia berdalilkan pada riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Tuntutlah malam 17, 21 dan 23 Ramadhan.”

 

Berlaku pada Malam Terakhir Ramadhan

Hal ini berdasarkan hadis Muawiyah RA bahawa Nabi SAW bersabda:

Carilah malam Qadar pada akhir malam Ramadhan.”

— Riwayat Ibn Nasr

Demikian ulasan seputar malam Lailatul Qadar yang istimewa, semoga kita berkesempatan untuk bisa menemuinya.(kam) 

Related posts